lakaran hatiku...


hari ini aku teguh berdiri..
esok lusa belum pasti..
aku menangis sendiri..
tatkala ini..
aku teringat meraka...
aku sedih...
mampukah aku menjaga mereka seperti mereka menjagaku..
bagaimana pula hari tua mereka..
adakah aku disisi mereka...
sempatkah aku menabur bakti pada mereka..

hatiku hiba...artikel itu mengingatkan aku...
seorang ibu yang sabar akan kerenah anak-anak mereka..
seorang ayah yang tidak kenal arti penat lelah...

dalam fikiranku...
ayah dan ibuku...
hari ini aku bersuka-ria..
tapi mereka bagaimana...
senyuman yang terukir dari wajah ibu...
manis...
sungguh..
manis sekali...
senyuman ayah....
memberi semangat kepadaku...
hari ini..
esok..
dan selamanya...
aku mahukan senyuman itu terus terukir..
senyuman yang membakar semangatku..
senyuman yang menjadi penawar rinduku..
senyuman yang menjadi ingatan hidupku...
alhamdulillah kelas hari ini sudah tamat..niat dihati untuk merehatkan tubuh yang lemah ini.. hatiku terdetik untuk meluaahkan lakaran hatiku ini.. selalunya hari ini aku dah pulang kerumah.. tapi disebabkan kelas yang menungguku pada hari sabtu terpaksalah aku membatalkan niatku..

coretan diatas itu adalah luahan hatiku..bukan aku coret kerana aku tidak dapat pualng ke rumah minggu ini pada aku coretnya berdasarkan cerita2 yang aku dengar.. aku kesal dengan sikap segelintir remaja yang "lupa asal mereka" ibu ayah bersusah payah membesarkan kita..telinga aku panas mendengar kata-kata kesat yang keluar dari mulut seorang sahabat.. naseb baek sahabatku disini..kalau x mmg kene dah la.. ermm..
ibu lebih kenal anak mereka.. ayah lebih arif tentang perangai kita.. mungkin kalau mereka x bagi keluar itu bukan bermaksud mereka mengongkong kita.. mereka cuma ingin yang terbaik pada anak-anak mereka.. itu sahaja. penat mereka menjaga kita..jika mereka xsayang kita dari dulu lagi mereka dah membiarkan kita.. kasih sayang seorang ibu tiada tandingan..kasih sayang seorang bapa penawar duka.. ini tidak.. bila ibu x bagi keluar mulalah ckp mcm2.. aiiihhh.. pengalaman diriku.. emak ayah mmg x bagi aku bersosial sgt.. tetap lepas aku mengecapi kejayaan yang baru sekecil ini mereka memberi kelonggaran..kita kene jage kepercayaan yang mereka berikan..
kawan-kawan.. hormatilah ibu bapa kita.. sekarang kamu boleh cakap macam2..kesat sane kesat sini..percayalah suatu hari nanti bila kau tersungkur..siapa disisimu.. AYAH dan IBU...bukan sahabatmu..bukan teman lelakimu... ini tidak..disebabkan teman lelaki orang tuamu kau ketepikan.. fikirkanlah.. :)

for my mum n dad.. I LOVE U SO MUCH... :)
tgu ari sabtu adik balik.. :P