rama-rama itu..




saat aku selesai menunaikan solat maghrib..aku baring diatas katil.. penat sedikit rasa.. aku menabahkanhatiku..semangat wahai izzati..masih banyak kerja perlu kuselesaikan.. sedang ku mendengar lagu dan mata memandang kearah siling datang seekor rama-rama kecil berwarna krim.. mataku lirik kearahnya.. terbanglah dikau wahai rama-rama yang bebas.. lantas aku bangun dan menutup suiz kipas..supaya rama-rama kecil itu tidak tercedera.. aku pejamkan mata..saat ku buka mataku.. seekor rama-rama berwarna hitam..cantik.. hitam oren.. melintasi pandanganku..aku bangun semula dari pembaringan.. aku melihat rama itu terbang..tapi dimanakan si anak rama2 itu.. hilang kemanakah? aku mencari.. mataku asyik melihat rama2 yang besar dan cantik itu.."biarkan sahaja ia berehat disitu.. mesti dia juga penat sepertiku.. " aku bangun menuju ke almari untuk mengambil tudung..nak iron tudung.. sebaik sahaja aku menoleh aku lihat si rama-rama hilang.. ku mencari sekeliling bilik..mataku meliar..namun, tiada kelibat rama2.. adakah itu semua hanya bayangan kepenatan aku sahaja.. tirai ku tutup.. aku terus mencoret lakaran hati ini.. aku mahu jadi seperti rama2 yang terbang bebas.. tiada sangkar yang mengurungku.. tapi apakan daya tidak mungkin itu terjadi.. aku pasrah dengan dugaan ini. Allah s.w.t tidak akan menguji kita lebih dari kemampuan kita.. :) tapi mengapa hatiku hiba..aku tidak mahu pulang.. namun, apakan daya... sebagai pendidik kawalan emosi amatlah penting.. :) ok la...aku mahu meneruskan kerjaku yang tergendala..
andai rama2 kembali..
seronoknya hati ini..
melihat ia berterbangan kesana sini..
menjadi penghibur hati..
:)