KEJAHILAN SEORANG AKHIRNYA MEMAKAN DIRI SENDIRI..



sementara menunggu seseorang pulang dari suatu tempat, diriku lebih senang meluangka masa untuk mencoretkan satu lagi coretan.. pantas jari jemariku memaksa otak untuk berfikir.. kususun madah elok berbicara.. biarkan hati mengikut kata.

sedang berfikir bicara yang mahu dinukilkan akhirnya tercetus satu kisah.. kisah ini merupakan sebuah cerita asal dan kejadian sebenar..

cerita bermula...
disuatu petang yang indah di sebuah pondok kecil yang agak usang...

watak 1 : kau rasa kau dah cukup hebat ke?
watak 2 : kalau aku tak hebat aku tak dapat lah dia...
watak 1: itu kau katakan hebat?
watak 2: habis? ( dengan muka yang sedikit bengis)
watak 1: aku bukannya apa.. tapi kalau kau rasa kau cukup hebat sebab kau dah dapatkan dia terpulanglah.. tapi satu saja nasihat aku...
watak 2 : aku tahu lah kau cemburu dnegan aku kan.. dah lama aku perasan perkara itu..
watak 1: cemburu kau kata? assalamualaikum kawan.. kalau aku cemburu dah lama aku tak tegur kau ye...
watak 2: hmm habis tu.. apa masalah kau?
watak 1: aku cakap ni kau jangan marah.. aku hanya mahu kau tahu perkara sebenar...
watak 2: cakaplah..!!
watak 1 : kalau lelaki yang selekeh tak berkemampuan kau kata tak sama taraf dengan kau.. kau mahukan lelaki-lelaki kaya saja.. tapi.. kau dah menjual dan menjatuhkan maruah kau sebagai seorang perempuan. aku malu dengan sikap kau.. dan untuk pengetahuan kau.. lelaki yang kau kenal sekarang itu merupakan seorang kaki perempuan yang sangat hebat tahu..aku tak nak kau jadi macam kawan aku yang sudah rosak dikerjakan oleh lelaki itu..tapi semua tu terpulang pada kau untuk menilai...
watak 2: ahhh sudahlah.. kalau dasar cemburu tu semua benda mahu diburuk-burukkan..
watak 1: ikut kau lah ... aku aku hanya bagi peringatan...

selepas kejadian itu mereka berdua langsug tidak bertegur sapa seperti sudah terputus talian silaturrahim..masyaALLAH.. disebabkan seorang lelaki...dan.. selepas beberapa bulan kemudian segala yang diceritakan oleh watak 1 menjadi titik nokhtah yang hitam kepada watak 2..dan selepas kejadian yang malang itu berlaku barulah watak 2 sedar betapa sayangnya seorang sahabat kepadanya.. anak yang dilahirkan juga telah dijaga oleh watak 1..atas keperihatinan seorang sahabat jugalah telah menyelamatkan nyawa seorang insan yang suci dan bersih itu..

p.s : jangalah diikutkan perasaan jika membuat sesuatu perkara.. fikir dahulu apa yang dikatakan oleh orang lain.. insyaALLAH.. ada kebenaran yang terselit disetiap perkataan atau nasihat itu ..pandangan saya.. jika cinta diukur hanya semata-mata atas dasar nafsu dan harta tidak akan kemana tetapi jika cinta berlandaskan iman dan kerana ALLH S.W.T insyaALLAH kekal selamanya... :)