TIDURKU TERGANGGU LAGI..

di asrama? rumah? atau dimana-mana.. pasti kita pernah melalui kejadian "tidurku terganggu" dan alkisah ini berlaku sendiri pada diriku..

sering kali aku tidur dan tidurku terganggu.. aku lemas.. sesak dengan keadaan itu. dan kadang kala aku terasa seperti kesunyian melanda diriku dan lantas tangisan kecil hadir dalam tidurku.. mungkin aku "jarang-jarang" mengalami gangguan tidur ini tapi alangkah sedihnya pabila gangguan tidur ini datang dalam tidurku.. pilu ....sedih...sunyi.. menghiasi riang hatiku.. dan tatkala itu pasti kotak fikiranku yang sempit ini memikirkan seribu satu perihal yang kearah negatif kesemuanya..aku bingung.. suatu malam.. sedang aku diganggu dengan pelbagai kejadian.. aku mencapai buku yang ada pada rak novelku.. novel? tidak.. disitu aku letakkan buku-buku doa dan agam

a yang aku minat juga.. lantas aku mencari doa yang dapat menyelamatkan tidurku daripada gangguan.. helaian demi helaian ku selak dan akhirnya kuketemu juga halaman itu.. terus ku membaca doa dalam keadaan yang tenang.. dan untuk teruskan tidur agak sukar selalunya.. aku mengambil telefon bimbitku lalu menghantar mesej kepada sahabat untuk memberi sedikit ketenangan :) Alhamdulillah sekarang aku jarang menerima gangguan

-gangguan semasa tidur..

dan disini saya ingin berkongsi sedikit doa yang saya perolehi dari sebuah web ....
Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian


Maksudnya:

Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syait an-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.