(KLIK DISINI UNTUK MELIHAT LEBIH LANJUT)
IPG KBM tetap di hatiku..
telah menjangkau 3tahun 1/2 menjadi warga IPG..
semangat dan sokongan berterusan menjadi kekuatanku.. :)
PENGKHUSUSAN: Bahasa Melayu ( major), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Persuratan Melayu ( minor)
Persuratan Melayu hanya ditawarkan di IPG KBM sahaja bagi guru pelatih Bahasa Melayu supaya guru keluaran pusat bahasa ini mantap akan penggunaan bahasanya.
Gambar kelas..
PISMP G " 2008-2013"
Segala pahit manis kami lalui bersama. Yang pahit kami buang dan yang manis kekal selamanya. Inilah keluarga PISMP G. Semua baik, kacak, cantik, pandai dan lain-lain. 19 orang adik beradik kami. Saya antara yang bongsu.. :)
AYU- AYU SEAYU DIA.. KACAK-KACAK SEKACAK DIA..
kenangan manis bersama si ayu dan si kacak..
kenangan paling indah adalah bersama mereka.tiap masa kami bersama melalui hari-hari yang indah. Bila buat pembentangan adalah saat yang terindah. Tak kering gusi dek telatah abang-abang dan kakak-kakak.. Sering berlawak dan berjenaka. Usikan yang berterusan. Tiada apa semanis kenangan.. Tiap-tiap bulan kami akan mengadakan satu majlis bersama. Kami akan keluar bersama dan makan bersama. semakin lama semakin kuat ikatan ukuwah kami.Kenangan semasa BIG sangat memberi kesan kepada saya dan rakan-rakan yang lain.Kenangan manis seperti ini tidak akan pernah lenyap dari kotak fikiranku ini.
Jika kenangan manis sentiasa membuatkan kita senyum, kenangan pahit pasti kita tidak mahu kan.?Begitu juga dengan saya sebagai guru pelatih.Kenangan pahit yang sudah lama saya campakkan jauh tapi nama pun kenangankan? makin di campak, makin dekatlahkan..hehe...ok kenangan pahit selama berada di IPG ialah kene panggil dengan HEP kerana langgar peraturan sedikit. Mungkin salah faham sahaja. Tapi itulah kenangan pahit kerana dimarahi oleh seorang KJ yang sangat berwibawa dan sekarang beliau telah menamatkan perkhidmatannya sebagai KJ di IPG KBM.. Walaupun ini satu kenangan pahit tapi ia juga memberi pengajaran kepada saya.. :)
Perubahan yang diperlukan untuk masa hadapan pada pendapat saya:-
1) subjek PJK dititikberatkan, walaupun kita sering lihat subjek ini adalah subjek yang biasa dalam erti kata lain "lekeh" namun, subjek ini perlu diperkukuhkan lagi kerana ianya membantu pelajar pada masa mendatang.
2) Menerapkan lebih nilai murni kepada murid. semakin tua usia dunia semakin ramai murid yang kurang nilai murninya.
ini hanyalah pendapat saya sepanjang pemerhatian saya dan pengalaman semasa berada di sekolah. tidak menyentuh isu mana-mana pihak atau menyalahkan mana-mana pihak.. harap maklum. :)
sekian coretan seorang bakal pendidik IPG KAMPUS BAHASA MELAYU..
"Bahasa jiwa bangsa"
bentuklah insan itu sebaik-baik manusia.. tidak rugi malah berlipat pahala...
andai tersungkur anak bangsa.. guru bakal menjadi mangsa..