PERGI DARI HIDUPKU!!



sekian lama aku membiarkan dirimu tidak bernafas kerana kesibukkan belajar tetapi kali ini aku merelakan diriku digunakan olehmu walaupun seketika setelah aku mampu bernafas sendiri.. ye peneman kala ku sedih suka dan duka.. sekarang aku ada di sisimu.. :)

semalam aku berfikir seorang diri ..
dikala malam menghampiri subuh..
saat matahari mahu munculkan dirinya tetapi apakan daya hujan terlebih dahulu menjengah muka..
alhamdulillah aku masih diberi nikmat untuk hidup di dunia ini. aku bersyukur ..
tetapi mengapa ia tidak pergi lagi dari hidupku..
sengsara teramat..
luka-luka aku dibuatnya..
kejamkan dikau...
namun, aku hanya mampu berdoa..
ku lihat wajahku di cermin dinding kamar terlihat luka-luka itu.
luka yang bakal menimbulkan parut..
arghhh aku sendiri tidak mengerti..
semakin ku lari jauh darimu semakin dekat kau hampiriku..
semakin ku elak mendekatimu semakin dekat kau cuba melukakanku..
biarpun aku manusia yang lemah tetapi aku mohon tiap saat agar aku dijauhkan dari kau..

YA ALLAH... aku memohon dan berdoa kepadaMU...
kau berilah aku ruang YA ALLAH.. ruang untukku jauh darinya ....
rintihan subuh itu menyedarkan aku bahawa sepanjang malam aku berteman dengan air mata..
betapa sakitnya luka-luka itu.. betapa sukarnya untuk aku bernafas.. betapa peritnya semua itu.. ALLAH s.w.t sahaja yang tahu betapa peritnya penderitaanku ini..
aku gagah mencapai sebuah botol minyak untuk merawat kelukaan itu.. auuuchh sangat pedih rasanya..
namun....namun... aku tidak sanggup lagi YA ALLAH... sembuhkanlah hambamu ini YA ALLAH..


PERGI KAU DARI HIDUPKU... wahai selesema... betapa sukarnya aku bernafas.. betapa seksanya diriku.. luka-luka dihidungku ini sakit.............