INSAN KEALPAAN.....

INSAN KEALPAAN...
dipetik dari sebuah karya www.iluvislam.com
oleh: soya06
editor: naaderah
"Kala hening Subuh
Dia membuaikan mimpi
Terleka dengan khayalan tidur
Yang telah melenyapkan keinsafan dalam diri
Dan berlalulah
Rasa keimanannya terhadap Tuhan...

Tika fardu Zohor
Imannya tidak bermohor
Baginya hanya ingatan palsu
Yang tidak patut dikejar
Dan berlalulah saban keimanannya terhadap Tuhan...

Waktu Asar menjelma
Dia masih lagi menyibukkan diri
Dan menghambakan diri
Dengan urusan duniawi
Dan sekali lagi dia merungkai
Keimanannya terhadap Tuhan...

Saban Maghrib
Dia bergegas menjejakkan kaki
Ke tempat yang terlarang
Dia berani menghirup, merasai
Dan menikmati titisan air kedosaan
Apa yang dihalang
Dia telah memalingkan keimanannya terhadap Tuhannya...

Di saat Isyak berlalu
Dia membujur kaku
Berserta dengan buih kedosaan
Yang telah dia lemparkan terhadap Tuhan...

Namun, setelah itu
Adakah dia masih
Direstui oleh Tuhannya?
Diampuni oleh Tuhannya?
Dan siapakah dia? Y
ang membunuh Tuhan dari jiwanya..??

Aku hanya mengingati agar diriku Tidak seperti 'dia'"
aku sangat suka membaca karya ini..mengapa? kerana caranya mengajak kita supaya kita tinggal akan solat sangat berkesan..menegur dgn cara kata-kata yang terucap melalui penulisan karya..alhamdulillah karya ini dpt menhasilkan buah yang dapat mengajar diri kita dan melenyapkan kealpaan diri kita...INSYAALLAH