bangun dari tidur pagi tadi telah ku lupakan segala peristiwa yang memakan hati ini. aku lupakan segala bicara yang diluahkan oleh putera hati. aku berdoa supaya jauh untuk membenci putera hati itu. aku ke kelas seperti biasa tanpa rasa apa-apa yang boleh menyebabkan "mood" aku hilang.. setiap langkahku diiringi dengan selawat ke atas junjungan nabi kita. niatku ke kelas kerana ALLAH s.w.t dengan seikhlas hati walaupun aku tahu aku menjadi lemah seketika kerana putera hati semalam.. mungkin baginya itu adalah perkara biasa tetapi tidak pada diri ini. Alhamdulillah aku dapat lalui pagi itu dengan indah.. bukan kerana ketiadaannya tetapi terasa hati begitu tenang sekali. aku memohon supaya ini berterusan. aku ingin jagi seperti batu yang dicampak ke sana sini tidak akan pecah berderai.. aku ingin seperti itu.. apabila sang mentari mula memancarkan teriknya..disitu lah bermulanya sebuah kisah mengguris hati. setiap bicara putera hati pasti memakan diri ini. bicaranya sungguh mengguris hatiku. entah mengapa aku sukar untuk menepisnya. aku ingin jagi batu!!batu!!. hati sekeras batu..!! tetapi aku masih menyembunyikannya kala aku merehatkan diri.. dan apabila petang mengjengah mukanya dengan sedikit titisan mutiara ke muka bumi disitu hatiku makin terguris.. saat itu hatiku menangis.bukan kerna apa.. tetapi bicara yang dilontarkan oleh putera hati seperti beliau tidak berfikir dnegan waras. sedangkan dahulu susah senang aku di sisinya.. tabah wahai hati..!! jangan kau mati kerana bicara itu lagi..serahkan hatimu kepada yang menciptamu.. sedarlah wahai putera hati.. saat kau kesusahan dimana sahabat yang menjanjikan kebahagiaan itu. dimana mereka saat kau perlukan pertolongan. dimana mereka saat kau dihimpit segala macam persoalan.. aku yang sentiasa di sisimu kau abaikan.. untuk terakhir kalinya.. wahai putera hati.. aku tidak pernah mengongkong hidupmu.. aku tidak pernah mengharapkan sesuatu darimu.. andai takdir menyatukan kita. aku gembira... dan andai takdir memisahkan kita.. aku pasrah seadanya. hatiku mula terasa sukar menerima setiap bicaramu.. biarlah pintu hati ini tertutup untukmu buat seketika waktu.. luangkanlah masa bersama sahabat-sahabatmu yang menjanjikan ketenangan jiwamu...
PABILA PUTERA BICARA
putera hati bicara lagi..
ugkapan sering menyakiti hati..
tidak pernah menapisnya lagi..
terus bicara sesedap hati..
tanpa berfikir kelaknya nanti..
membuatkan hati makin meragui..
cinta dia atau biarkan pergi..
tiada jalan yang aku temui..
kata hati teruskan lagi..
perasaan bisik kasihanlah diri..
namun otak berselang seli..
pastikah itu pastikah ini...
nyanyian unggas memecah sepi..
mencetus idea penuh revolusi..
meminta hati bersabar lagi..
meminta doa penyembuh diri..
supaya tidak meragui hati..
sentiasa uji setiap gerak geri..
pasti temui jawapan sendiri..
unsur plagiat adalah sama seperti seorang pencuri yang perlu dihukum potong tangannya.. maka berat-beratkan lah tangan untuk menciplak hasil nukilan ini..
ugkapan sering menyakiti hati..
tidak pernah menapisnya lagi..
terus bicara sesedap hati..
tanpa berfikir kelaknya nanti..
membuatkan hati makin meragui..
cinta dia atau biarkan pergi..
tiada jalan yang aku temui..
kata hati teruskan lagi..
perasaan bisik kasihanlah diri..
namun otak berselang seli..
pastikah itu pastikah ini...
nyanyian unggas memecah sepi..
mencetus idea penuh revolusi..
meminta hati bersabar lagi..
meminta doa penyembuh diri..
supaya tidak meragui hati..
sentiasa uji setiap gerak geri..
pasti temui jawapan sendiri..
unsur plagiat adalah sama seperti seorang pencuri yang perlu dihukum potong tangannya.. maka berat-beratkan lah tangan untuk menciplak hasil nukilan ini..