UJIAN ILLAHI.. :)


setiap hari aku digesa dan digesa.. pergi ke klinik..pergi..pergi.. tetapi hati ini keras untuk melangkah keluar dari rumah.. berlainan dengan cuti-cuti sebelum ini.. aku sendiri tak pasti akan diri aku.. uh...!! bukan suruh pergi keluar jalan kaki..tapi drive ok cik nur izzati bt md zain.. entah mengapa aku jadi sebegini.. sakit memang sakit... aku sendiri tak mngerti..
hari-hari aku akan lalui benda yang sama.. ditengah malam aku terasa sukar untuk bernafas sehinggakan aku terasa perit sekali di dada..

mungkin semua orang melihat diriku dalam kegembiraan..tetapi sebaliknya tiada siapa tahu.. aku selalu coretkan di dalam blog atau di dalam buku aku sendiri...jika aku terasa malas untuk menaip maka menulislah jawabnya.. :)

“Dengan nama Allah , aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya daripada kecelakaan yang aku alami.”

selalu aku berharap bangunnya aku keesokkannya akan hilang segala kesakitan.. namun tidak.. ujian yang ALLAH berikan ini adalah untuk mendekatkan aku dnegannya.. lebih lunak dan akrab aku denganNYA.. setiap kali aku terasa sakit aku pasti akan ucapkan doa diatas.. insyaALLAH lama2 hilanglah segalanya.. :)

sudah lama sebenarnya aku mengalami masalah untuk bernafas.. sering saja roomateku tersedar dari tidur kerana gangguan dariku.. tetapi dia sudah memahaminya.. dirumah aku akan berkelakuan seperti biasa.. selagi aku boleh sorokkan pasti aku lakukan.. tetapi dalam tidak sedar ibu menghidu segalanya.. suatu petang mak bertanya kepadaku.. mengapa...bla..bla..bla.. dan aku hanya menjawab sakit dada susah nak bernafas dan kadang-kadang tersekat.. mak suruh pergi klinik..takut saluran pernafasan tersumbat ke.. atau apa2 ke. bukan aku tak mahu tetapi hidup dengan ubat ini menjemukan taw.. dari kecil lagi aku dan ubat.. boleh buat novel..:)

" allah tidak akan uji hambanya diluar kemampuan.."

aku masih termampu utuk melakukan semua itu.. aku harus kuat sabar dan tabah.. mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.. mungkin ALLAH tidak mahu aku lupa dan alpa denganNYA..

" ya ALLAH andai ini yang tertulis untukku aku redha dengan segala ketentuan yang telah KAU takdirkan untukku...berilah aku ruang dan waktu yang lebih panjang untuk ku menjalani hidup ini.. berilah ruang untukku gembirakan kedua ibu bapaku.berilah ruang untuk aku menjadi seorang pendidik..panjangkanlah umurku ya ALLAH.. amin "